Thursday, December 11, 2014

Salam Jumaat "penghulu segala hari"

Asslammualaikum,

Tiba-tiba teringat kat arwah ayah bila aku tengok siaran tv
 "tanyalah ustazah" tajuk "disaat maut menjemput",

Terlalu rindukan arwah,
kisah antara aku dengan arwah yang terlalu rapat, susah untuk merenggang.

Dia seorang yang ayah yang amat penyayang,ayah tetap dihati, tiada penganti.


Kami dibesarkan dengan penuh kasih sayang, walau kami dibesarkan tidak telalu mewah, pakai makan semua cukup, ayah aku hanya bekerja sebagai dispatch disebuah syarikat dan lama kelamaan dia menjadi seorang driver disyarikat tersebut hingga la kami dewasa dia masih kerja disitu.

 Seingat-ingat aku, ketika aku berumur belasan tahun dia mula buat kerja part-time, membawa taxi belah malam, waktu bekerja bawak taxi waktu selepas dia kerja sebagai driver (office hour), start pkl8 malam dia mula bawak taxi hinggalah jam 3/4pagi, mencari rezeki tidak putus2.
Hingga la kami tiga beradik umur 20an dan dia masih tetap mencari duit lebih (bawak taxi) sedangkan kami semua kerja, ayah aku seorang yang tidak suka membebani kepada anak-anaknya.

Ketika aku umur 22tahun ibu aku mengidap penyakit cancer payudara peringkat ke 3, ayah aku jugak yang menjaganya, ulang alik pergi kimo la, dan hingga lah ibu aku sembuh sihat, selama 1tahun ibuaku sengsara dengan penyakit itu. 

Tidak Pernah aku lupa, Ketika aku masih kecil, aku terlalu rapat dengan ayah aku sampai ayah aku hendak keluar ke kerja, aku meraung dan menangis bila dipisahkan, dan ketika ayah aku dalam keadaan sedang memandu kereta, aku turut duduk di steering kereta juga. sangat manja betul aku ni.

Bila umurku peringkat dewasa , dalam apa jua masalah yang aku hadapi ayah aku tetap tahu, walau ayah aku tak banyak memberi pendapat tapi ayah aku seorang pendengar yang setia, biasa la.... bila aku ada masalah dengan kawan2 tak kan ayah aku nak campur tangan pulakkann...aku percaya yang ayah aku percayakan aku.. bila kita dah dimanja dengan kasih sayang yang penuh dengan ibubapa, kadang-kadang kita akan jadi keras kepala dan memberontak,aku mengaku aku dulu degil, suka kuar malam sebab nak lepak bersama kawan-kawan, balik dari lepak aku dimarahi ayah, dan ada juga bila sepupu aku tidur dirumah, dia pula mengajak aku lepak dan keluar malam  jugak, bukan ajar aku benda baikk... ha ha ha... dan bila ayah aku pulang dari kerja sekitar 4/5pagi melihat kami tiada dirumah, dia jadi bising, dan marah. 


Ayah pernah menangis sebab aku, kata-katanya "jangan rapat lagi dengan anak pak lang, nanti paklang ingat anak ayah yang ajar anak dia jadi jahat" aku tersentuh,kami menangis sama-sama,aku terus berubah sedikit demi sedikit, aku tak sanggup melihat ayah aku menangis sebab aku, dan  Aku masih teringat kali terakhir arwah lempang aku dalam umur aku 14tahun sebab dengan kedegilan aku, penat-penat die pulang kerja tiba-tiba melihat tiada dirumah, siapa ibu bapa yang tak marah kalau anak degil macam tu.
  
Bila aku peringkat remaja 20an,
 bila masuk tahun baru 2012 umur aku 24tahun ketika itu aku sangat enjoy bersama kawan-kawan dan lupa pada ayah dan ibu, bukan lupa apa, cuma lebihkan masa dengan kawan-kawan dari keluarga sendiri, tengah kecewa dengan kekasih la katakan.. ha..ha..ha..
Tanpa sedari ketika itu ayah aku semput yang tidak boleh terkawal, dan dimasukkan ke wad dan ayah aku disyakki mengidap penyakit 3serangai, jantung, kencing manis & darah tinggi,



Dan saat tu aku banyakkan masa aku bersama ayah, dan seluruh keluarga amat sedih mendengar ayah dimasukkan hospital untuk pertama kali dalam hidup dia, ayah aku ni seorang yang ceria, suka buat lawak, baik hati, siapa yang tak terkejut bila orang dapat tahu dia admin, dan pada malam pertama ayah duduk dihospital aku teringat, ayah nak cepat-cepat pulang, tak tahu kenapa mungkin dia takut agaknya, yer laaaa ayah aku kan time tu tak pernah admin, setiap hari habis kerja aku terus lawat dia, tak tahu kenapa time tu aku terasa amat sedih bila tiba2 aku bayangkan aku hidup tanpa ayah, aku kuatkan semangat aku untuk senyum sentiasa dimata dia. Dalam sebelum puasa macam tu dia admin, dan dijangka akan operate selepas seminggu raya, semua tu tak kesampaian


Arwah meninggal dipagi raya pertama, dalam bulan ramadhan dia tak boleh puasa sebab dia masih dalam keadaan sakit tapi bila tengok keadaan dia, yang masih bole berjalan, bergelak-gelak kita tak nampak yang dia sakit, sedangkan hanya dia tahu sendiri apa yang dia rasakan mesti keadaan yang teramat sakit, cuma dia tak ceritakan pada semua kwn2 dan anak-anaknya, dia mahukan sentiasa nampak sihat, ketika akhir ramadhan 1hari tu dia puasa, ibu aku suruh dia puasa, ibu aku cuma cakap "abang rasa lah puasa 1hari
"  ayah aku boleh puasa dan ketika itu kami dikampung kedah, tahun tu giliran ibu aku pula raya dikampung, malam ramadhan terakhir dia yang ada penyakit 3serangkai tu berbuka puasa bersama lemang favorite dia, hanya makan sedikit, dapat jugak dia rasa dalam keadaan semput dan sakit belakang die tetap ada, setiap malam dia tak boleh tidur, kalau la aku tahu dia akan pergi buat selama2nya aku rasa ketika dia keadaan seperti itu setiap malam aku temani dia.


 5pagi syawal 19hb.ogos.2012, aku terjaga dari tidur dan cuci tahi kucing, ayah aku ketika itu tak tidur, aku tersungkur depan mata dia, die tergelak2kan aku, ha ha ha.. kelakar weii.. habis dari cuci tahi kucing tu, aku baring2 kejap tiba2 terlelap dan dalam pkl7pagi syawal terjaga dari tidur dan kami sepupu sepapat adik beradik bangun dan menunggu turn nak mandi, 7.30pagi aku, abang aku, dan adik aku dan ayah duduk dirunang tamu sambil tunggu turn, ayah aku meminta tolong adik aku urutkan kat belakang, adik aku pun buat, tidak lama macam tu, ayah aku tertunduk dan jadi lembik, aku aku tak larat angkat badan, kami 3beradik angkat badan, pakcik makcik semua datang, aku jerit panggil "ibu-ibu" ibu aku yang dari dapur cepat-cepat datanf dan semua sedara mara, lidah ayah aku terkeluar ketika itu, ubat semput yang letak dibawah lidah tetap ada lagi, keadaan ayah ketika itu nafas2 yang tak dapat aku lupakan, mata yang tertutup, kami cepat2 bawak dia ke hospital tapi apakan daya rumah nenek ke hospital 25mnit agak lama, ayah tak dapat diselamatkan, aku terduduk, dan tak dapat bayangkan hidup aku tanya ayah disisiku, aku sedih teramat sangat, hanya tuhan yang tahu segalanya.


 Hari raya pertama orang lain bergembira bersama keluarga dan sanak saudara, 

kami beraya dalam kesedihan. 
"dan maaf kalau cerita aku ni agak terpesong sikit, harap korang faham"



Sampai bila-bila aku akan ingat peristiwa ini, sejak dari tu setiap hari raya pertama, syawal pagi aku merasakan kesakitan itu,raya aku kini orang sibuk-sibuk dengan baju raya cantik, handbag cantik, aku? dah tiada erti lagi, tanpa ayah disisi. 

Meraka-meraka yang anggap aku hina, biarkan la, 

meraka tak rasa apa yang kami rasa..


Korang-korang yang masih mempunyai ayah hargai lah dia, walau dia garang macam mana pun, korang hargai la ayah korang. Aku terasa bila ada orang yang cakap kasar dengan ayah mereka sendiri, aku jadi sedih bila anaknya sendiri buat ayahnya macam tu,

 Aku rindukan kasih sayang seorang ayah, :'( 
Tiada tempat mengadu, tiada tempat bermanja-manja, tiada tempat mengada-ngada. 
"ayah orang rindu ayah, tunggu orang!" 
semua ayah tenang disana..
Al-Fatihah..

Wednesday, December 10, 2014

Holiday with my friends!


5hb.dec - 7hb.dec kami berjalan- jalan di penang!!!
aku , aida, dan daus.

Jalan- jalan ambil angin, merehatkan minda yang serabut. Suami aku tak ikut sebab kami kerja tempat yang sama. So faham aja lah kalau tempat yang sama tu bagaimana keadaannya kannn...
lagipun kadang - kadang kita perlukan masa untuk bersendirian, walau kita yang merasa sakit mahupun gembira, kita sendiri yang merasai. 

Bukan tidak mahukan berkongsi bercerita bersama kawan-kawan  mahupun keluarga sendiri, bagi aku biar la ia manjadi pengajaran mahupun peduman dalam hidup. 

Aku pergi bercuti bersama kawan rapatku, kawan gembiraku di pulau pinang. Apa yang menarik di penang, cuma makanan orang-orang sana.. sedap! 

Tujuan mencari ketenangan dan merasai di tempat orang, bukan nak terkinja-kinja ok!
Benci bila mulut orang yang suka menfitnah yang bukan-bukan,
 aku pun bajet tidak la terlalu tinggi nak pergi bercuti, masing-masing kawan aku semua dah pernah pergi ke situ, cuma aku sahaja yang tidak pernah pergi.
 perlu ke aku mencari hadiah buah tangan dari sana kepada orang yang kerap ke sana? aku rasa tak perlu pada org yang sebegitu
 (orang yang bercakap bukan-bukan dibelakangku)
kerana mulut badan binasa..
Salah ke aku bercuti? itu pun masih ada sahaja yang mengumpat,
 suami aku faham aku, cuma mulut manusia yang kuat kedengkiannya, 
biasa la, mulut orang siapa yang boleh tutup.

suami aku siap bagi green light,
 lagipun  suami aku ni minat pantball dan dia ada pasukan, 
selalu ada pertandingan luar k.l, aku tak ikut,
 dan aku bagi masa dia bersama kawan-kawan dia.
 salah ke aku buat begitu? 
 sabar jer lah..





ini lah kawan aku yang baru-baru ni pergi bercuti bersama-sama
aida & daus.


aku ada lagi kawan yang nak pergi bercuti, cuma time yang kita planing tak kena masa dengan dorang, ada yang agak kecewa dengan kami, lagipun ini last mnt plan.
he he he.. sorry kawan-kawan..

Next time kita plan lagi! tapi bukan tempat yang sama! OK!

Ini sahaja yang dapat aku ceritakan, oh yerrrrr,
 dekat penang hari tu aku pekana, 
1st night kami makan - pesembok! char kuew tiau ! di Batu Ferringhi
2nd night kami makan di  D' Sampan Restaurant, Penang
Tengah hari kami pekena - Nasi kandar liner clear / Nasi kandar beratur..
perghhhh memang terbaik!!

Friday, November 28, 2014

Tentang hidupku

Bismillahhirohmannirohim...
Aku bukan manusia yang terlalu baik...
Kita mempunyai tahap kesabaran, tapi bila ia sudah melebihi had kita akan rasa marah dan mengamuk..

WELCOME !


assalammualaikum...
1st rasa  nak tergelak, sebab tak tahu apa punca dan sebab
aku buat blog ni.
myb suatu hari nanti membuatkan aku rasa syokkk la.
hahaha...
My full name myb tak boleh nak aku ceritakan buat masa ni.
Sebab aku rasa ada yang memerhati gerak dan langkah aku...


Aku dah berkahwin, pada dec2012..
Aku seorang yang agak pemalu dan
agak sombong dimata orang yang tak menyenali aku, peramah dengan orang aku rapat jadi pendiam pada orang yang aku tak kenal atau kurang senang dengan dia, dan aku pendengar setia dan suka buat benda-benda aneh (lawak)
gelak ketawa membuatkan aku hilang marah pada
seseorang.

Bukan hanya western food menjadi kegemaranku,
makanan ayam penyet (sambalnya) menjadi
pilihan perutku.. he he he..
Suami aku pun mungkin tak perlu tahu
 tentang blog aku ni,
bukan aku membelakanginya
tapi bagi aku, dia rasa tak penting pun
nak ceritakan tentang ni,
malah aku rasa dia gelakkan aku..
ha ha ha..


Aku mempunyai seorang ibu,
lahir pada bulan 03/63 yang amat aku sayangi, Walaupun kami selalu bertekak tapi
dia tahu kenapa aku bertindak sesuatu membuatkan kami bertekak.
 ibu,ibuuu..
seorang yang ceria, garang, dan baik hati
pemurah ya rabbi. Tapi aku tak sanggup melihat dia
dicucuk2 jarum lagi, dia seorang bekas menyakit
cancer payudara, syukur allahmdulillah
dalam setahun dia sengsara menjalani rawatan,
sekarang dah hampir 3tahun dia sihat,
dan masih bekerja.

Ayah aku telah meninggal dunia sejak 2tahun lepas,
selepas ibu aku sembuh, dia menyidap penyakit
3serangkai, 1st raya 2012 dia pergi secara mengejut.
hanya tinggal kenangan... dan tak dapat 
aku ceritakan buat masa ini.. sebab agak panjang.. 
"LOVE MY DAD FOREVER,
WAIT FOR ME !....."

Aku mempunyai seorang abang dan adik.
abang aku yang lahir pada bulan 7/86
 penyombong dan ikut angin dia
kalau dia nak bercakap,
berbincang ataupun nak buat lawak..
apa yang dia suka dalam hidup dia?
aku rasa dengan trend sekarang ni
gambarr jer dalam hidup dia,.
ha ha ha..
aku dengan dia memang tak boleh..
ada jer nak bertekakkk..
ha ha ha.. abang oh abang..

and last Satu-satunya adik yang aku ada,
seorang perempuan
yang agak cute dari aku, yang lahir pada bulan 11/90
penyayang, pemalas, baik..
he he he....

dia pun sama kena ikut mood jugak
kalau nak berborak, kami memang tak bole berjumpa
adaaaa jer nak diceritakan..
memang ngamm lah orang cakap..
 dia lah nyawaku..
ha ha ha.. adikk oh adikkk

Sedikit sebanyak ini yang dapat aku ceritakan hari ini..
bye bye..
assalamualaikumm...