Saturday, January 30, 2016

Friends vs Best Friends

Friends vs Best Friends

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Caption Hari Ni {Boring-boring. Bosan-bosan} hihi

Kehidupan seseorang sangat berbeza kannn?Berkawan & Kehidupan.
Kawan dan Sahabat sangat berbeza, Kawan kita boleh berkawan semua orang, tapi Sahabat? hanya tentu sahaja boleh kita panggil SAHABAT, bukan Ridz beza-bezakan manusia tapi manusia ni macam-macam ragam,nanti Ridz akan menceritakan mengalaman-mengalaman Ridz.

"Kalau rasa berkawan nak pilih bulu tu bukan kawan namanya tapi diketegorikan LALANG"



KAWAN
Bila berkawan kita boleh kawan dengan semua orang tiada beza dari segi umur,pangkat dan darjat. Kita ni bila dah rapat dan berkawan masing-masing perlukan menjaga sesama manusia, menjaga hati dan perasaan takut ada yang terguris, tapi bila dah berkawan dengan ramai kawan ada jugak yang cemburu, contoh: kita berkawan dengan group A, group B cemburu,habis-habisan kita dibahan. Kita yang ramai kawan ni yang banyak belajar erti persahabatan bukan untuk menjadi lalang. "LALANG"  adalah manusia yang makan manusia, depan baik belakang jahanamm.. hehe.. manusia yang baik kepada manusia hanya "DEPAN" bila dibelakang, nauzubillah minzalimmm.. Dialah manusia bertopengkan syaitan. Berhati-hati bila berkawan, bukan tak bagi kawan cuma jangan terlalu rapat dengan manusia seperti "LALANG" huhu..
Ridz sakit sangat bila jumpa manusia yang macam tu, hanya tuhan jer yang tahu apa yang kita rasa, tak sangka manusia yang kita dah anggap sahabat rupa-rupanya dialah manusia yang bertopengkan syaitan. Cukuplah Ridz kawan rapat dengannya setakat itu, lepas tu Ridz jauhkan diri dari dia, ada saja alasan Ridz bagi bila ajak keluar. Ridz anggap kesakitan itu adalah dosa-dosa kecil Ridz.

SAHABAT
Sahabat adalah kawan yang kita anggap adik beradik darah daging kita, yang boleh terima baik buruk kita. Tapi salah satu dari sahabat-sahabat Ridz adalah adik Ridz sendiri, segala-segalanya dia tahu tentang Ridz, baik buruk Ridz hanya dia.
Sahabat tu datangnya sebagai kawan, lama kelamaan kawan itu bertukar menjadi sahabat, sesama bertukar pendapat, susah mahupun senang hanya sahabat yang ada, Sahabat ni tak mungkin hari-hari kita jumpa,call,SMS tapi dia ada masa. Masa memerlukan sesama sahabat. Dan hati-hati jugak sahabat ni pun manusia, manusia ni banyak rasa (perangai) tapi mintak dijauhkan sahabat begitu. 
Bila dah sahabat gelak tawa gurauan masing-masing dah faham, ada yang terasa sampai tak bertegur tapi lepas tu perlukan berbincangkan apa yang terasa, apa yang disimpakan sampai jadi macam tu. Itu yang Ridz lakukan bersama sahabat-sahabat Ridz, lepas "jejek kasih" masing-masing nangis.. hihi.. yerlahh kami dah bersahabat lama, tak kan la nak putuskan dengan alasan yang tak masuk akal.. hihi. 
Bila dah sahabat tu masing-masing tahu kelemahan dan kelebihan seseorang sahabat, tapi bila dikecilkan hati dan tak pandai jaga hati perasaan, masing-masing tapi masih berdegil ikutkan hati jer, itu bukan SAHABAT namanya. Kena INGAT sahabat tu boleh terima baik buruk kita dan masih ramai lain KAWAN yang kita boleh dijadikan sahabat.


SEKIAN..